Tentang Kami

Tentang Kami
Tentang Kami2018-09-18T15:35:02+00:00

Armada Kami

Sinonim dengan namanya, Koc Plusliner Ekonomi direka khusus untuk penumpang lebuh raya. Plusliner komited untuk menyediakan perkhidmatan bas yang selamat, boleh dipercayai dan berpatutan. Dari Kuala Perlis di Utara ke Johor Bahru di Selatan dan Kuantan di Timur, ribuan penumpang kami berpuas hati dengan perkhidmatan kami yang berada dalam kelasnya sendiri. Buat masa kini Plusliner mempunyai 16 laluan dengan kekerapan berlepas setiap 20 minit.

Raja Lebuhraya Malaysia

Ruang Dalaman Yang Luas

Plusliner yang pertama memperkenalkan 14 tempat duduk individu yang unik yang digabungkan dengan 12 susunan berpasangan dalam satu geladak 41 tempat duduk. Ini memberikan ruang lebih selesa bagi penumpang kami terutama ruang kaki yang lebih baik serta ruang peribadi yang menjadikan perjalanan anda dengan kami lebih menyenangkan.

Keselamatan Yang Ditambahbaik

Plusliner merintis kontrak pembaikan dan penyelenggaraan dengan pebuatan asal chasis sejak awal tahun 2000. Tindakan perintis ini memastikan bahawa armada bas kami berada dalam keadaan operasi yang optimum dan menjamin keselamatan para penumpang kami.

Hiburan Digital Dalam Koc Plusliner

Selain daripada memastikan keselesaan dan keselamatan, Plusliner juga merupakan perintis dalam memperkenalkan hiburan digital yang berkualiti melalui skrin LCD yang disediakan untuk penumpang kami.  Selain itu Plusliner menyediakan  peraduan SMS interaktif untuk  penumpang kami memenuhi masa untuk perjalanan mereka.

Nilai Untuk Ringgit Anda

Dengan lebih dari 13 laluan dan 98 bas, Plusliner menyediakan lebih banyak pilihan  dan dengan mempunyai ejen tiket profesional melalui sistem e-tiket ini akan diterjemahkan kepada harga yang lebih murah untuk penumpang kami.

Dengan jolokan Raja Lebuhraya, ia mencerminkan perkhidmatan yang cekap dan tepat pada masanya kepada penumpang setia kami.

Dalam Perjalanan

Bergaya & Moden

Ciri-ciri seperti skrin LCD dengan bunyi sekeliling tersembunyi, Penyaman udara dengan kawalan suhu berpusat. Cahaya bacaan individu untuk sentuhan peribadi anda.

Keselesaan Peribadi

Rekabentuk terluas dalam kelas memberikan ruang kaki secukupnya. Tempat duduk ergonomi mengikut kontor badan. Reka bentuk dalaman yang anggun untuk pemandangan yang jelas dan menyenangkan.

Aspek Keselamatan Canggih

Kesemua bas kami dilengkapi dengan system with ABS, Retarder dan & Pemantauan G.P.S sepanjang perjalanan. Pemadu-pemandu kami terlatih, mesra dan berdisiplin.

Boleh Diyakini

Pengalaman 30 tahun kami dalam industri ini, memastikan setiap kenderaaan yang dinaiki penumpang kami telah diperiksa dan diselenggara dengan baik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan maksimum!
CARI AGEN KAMI

Jika anda mempunyai pertanyaan lain, sila hubungi kami!

Hubungi Kami